بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ
لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا
تَعۡلَمُونَ ٢١٦
(Al-Baqarah : 216)
Maksudnya :
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
BICARA IMAN UNTUK TENANG
Ada masa ketika kita sudah berusaha dengna sehabis baik, disulami doa, tawakal dan sebagainya, tetapi berlaku juga sesuatu yang kita tidak inginkan. Jika berlaku demikian, terima jualah kehendak Allah. Usah kecewa, terus bersangka baik kepada-Nya kerana mungkin sesuatu yang berlawanan dengan kehendak kita itu baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui yang kita tidak ketahui.
Allah membalut hadiah dan anugerah-Nya dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan dan kegagalan. Sebagaimana pembaluthadiah kita semestinya lebih murah daripada isi di dalamnya. Kepahitan dan kegagalan juga jauh lebih murah dan mudah berbanding hadiah itu.